Program Motivasi Cemerlang SMK Kompleks Gong Badak

Sekretariat Rakan Muda IPT UniSZA dengan kerjasama SMK Kompleks Gong Badak dan Yayasan Bank Rakyat telah menganjurkan Program Motivasi Cemerlang SMK Gong Badak Pada 31 Januari 2014, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu

Penganjuran program ini bertujuan untuk mencapai dua objektif utama iaitu memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi UniSZA terutama ahli Sekretariat Rakan Muda IPT UniSZA untuk mengasah bakat kepimpinan dalam kumpulan dan mendidik pelajar sekolah dengan aktiviti motivasi yang dianjurkan.

Seramai 29 orang ahli kelab Rakan Muda IPT UniSZA yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini mendapat sambutan yang baik dikalangan guru-guru mahupun ibubapa pelajar sekolah sekaligus mewujudkan jalinan yang baik antara Sekretariat dan SMK Kompleks Gong Badak. Pihak sekolah amat berharap pengajuran program seperti ini dimasa akan datang.

 

 

 

 

Print Email