Universiti Sultan Zainal Abidin ditubuhkan pada Januari 2006. Bermula April 2013, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah ditukar nama kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan telah memperbaharui struktur organisasinya seiring dengan perlantikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Aspirasi penubuhan UniSZA adalah untuk melahirkan ‘pemimpin’ yang unggul dalam pelbagai bidang yang diceburi. UniSZA salah satu institusi yang menerima mahasiswa/i dan mengeluarkan ‘pemimpin’. Pemimpin yang diidamkan oleh UniSZA ialah pemimpin yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah serta mempunyai semua ciri dan kemahiran sebagai pemimpin glokal.
Bagi mencapai dan merealisasikan maksud tersebut, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersesuaian.
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merupakan satu bahagian yang penting dalam pentadbiran universiti dan bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Pelajar.
Antara pusat/unit yang terdapat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ialah :
- Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP)
- Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP)
- Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR)
- Pusat Kesenian dan Warisan (PKW)
- Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT)
- Pusat Islam UniSZA
- Pusat Alumni
- Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
- Unit Panajaan, Endowmen dan Dana Pelajar
- Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar
- Unit Aktiviti Pelajar
- Unit Korporat dan Tugas Khas
- Unit Pentadbiran, Aktiviti dan Kebajikan Pelajar, Kampus Besut
- Unit Kaunseling