banner for web

Peraturan, Terma & Syarat

1. Pengambilan Kit Larian adalah seperti tarikh yang diumumkan sahaja.

2. Semua peserta yang mendaftar akan menerima sehelai T-shirt dan nombor larian dan peserta perlu memakai T-shirt dan nombor larian sepanjang larian.

3. Lokasi mula dan tamat larian ialah di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak.

4. Semua peserta yang menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan akan menerima sijil elektronik.

5. Peserta diminta berkumpul jam 6.45 pagi untuk sesi taklimat dan memanaskan badan. Masa pelepasan larian ialah pada jam 7.00 pagi.

6. Jarak larian adalah 5 km bagi semua kategori dan peserta mesti melalui laluan larian yang ditetapkan.

7. Hanya 30 peserta terawal akan menerima medal penamat.

8. Semua pemenang mesti membawa MyKad untuk tujuan pengesahan.

9. Bagi peserta yang tidak hadir, yuran penyertaan yang telah dibayar tidak dikembalikan.

10. Keputusan hakim adalah muktamad

11. Saya dengan ini mengaku tidak akan membuat sebarang tuntutan kepada Penganjur dan badan yang berkaitan atas segala kecederan, kemalangan, kehilangan, kerosakan atau kematian berikutan penglibatan saya, sama ada semasa, mahupun selepas menyertai di dalam larian FSK RUN 2018.