banner for web

Pengenalan

Fakulti Sains Kesihatan, Univeristi Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menganjurkan FSK RUN 2018. Ia adalah bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat dan memperkenalkan Fakulti Sains Kesihatan kepada warga komuniti dengan lebih dekat lagi. Selain itu, proram ini yang bertemakan “LETS’ RUN FOR OUR HEART” bertujuan memupuk semangat dalam kalangan komuniti bertepatan dengan hasrat Malaysia untuk melahirkan rakyat yang sihat, aktif dan produktif.

 

OBJEKTIF

Antara tujuan FSK RUN 2018 diadakan adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan menjalani kehidupan yang sihat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti setempat.
  • Membina rangkaian yang positif dan merapatkan interaksi sosial dalam komuniti
  • Mempromosikan Fakulti Sains Kesihatan kepada warga UniSZA dan komuniti.