Cetak

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA ARAB (DENGAN KEPUJIAN)

Ditulis oleh Pentadbir.

Pendahuluan

Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) ditawarkan mulai sesi 2013/2014. Program ini diharap dapat melahirkan graduan yang menguasai dan mengaplikasi pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran berbahasa Arab serta menjadi peneraju dalam bidang yang berupaya mengintegrasi ilmu dan kemahiran secara kreatif dan inovatif.

 

Objektif

 Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) dilaksanakan untuk melahirkan graduan yang :

1. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa Arab.
2. Mampu menguasai disiplin ilmu bahasa Arab dari aspek pengaplikasiannya dalam kemahiran bahasa.
3. Berkebolehan berkomunikasi dengan efektif dalam bahasa Arab.
4. Mempunyai pengetahuan dalam aspek pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
5. Bertanggungjawab, berketerampilan mulia dan berupaya mengamalkan ciri-ciri kepimpinan.
6. Berkeyakinan untuk membina dan membentuk kepakaran dalam bidang bahasa Arab ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

 

Tempoh Pengajian

Jangkamasa program ini empat (4) tahun atau lapan (8) semester panjang dan satu (1) semester pendek. Kaedah pengajian merangkumi pengajaran berbentuk kuliah interaktif, tutorial/amali, kerja kursus, peperiksaan dan penyelidikan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui elemen-elemen tersebut. Para pelajar juga diwajibkan menjalani Latihan Industri (LI) sebelum menamatkan pengajian.

 

Peluang Kerjaya

Graduan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka menceburi bidang pengajaran, penterjemahan, pelancongan, pemasaran, pengurusan sumber manusia, pentadbiran perhubungan awam, perkhidmatan, sektor penerbitan, komunikasi dan penyiaran.

 

 

STRUKTUR PENGAJIAN BAS KEMASUKAN 2019/2020

STRUKTUR PENGAJIAN BAS KEMASUKAN 2020/2021

STRUKTUR PENGAJIAN BAS KEMASUKAN 2021/2022

SINOPSIS KURSUS