Cetak

IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)

Ditulis oleh Pentadbir.



Pendahuluan

Program Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) ditawarkan selaras dengan keperluan bahasa Inggeris dalam negara dan peringkat antarabangsa. Program ini diharap dapat menampung serta memenuhi keperluan negara dalam pelbagai sektor pendidikan dan komunikasi.

 

Objektif Program

Program Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) dilaksanakan untuk melahirkan graduan yang:

1. Berpengetahuan dan berketrampilan teknikal dalam bidang bahasa Inggeris dengan komunikasi selaras dengan kehendak industri.

2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam sesebuah organisasi.

3. Berkebolehan menyelesaikan masalah berkaitan isu-isu dalam bidang bahasa Inggeris dan komunikasi.

4. Mampu menunjukkan kemahiran dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

 

Tempoh Pengajian

Jangkamasa program ini empat tahun atau lapan semester. Kaedah pengajian merangkumi perkuliahan, tutorial, kerja kursus dan peperiksaan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui keempat-empat elemen tersebut. Para pelajar juga diwajibkan menjalani Latihan Industri (LI) sebelum menamatkan pengajian. 

 

Peluang Kerjaya

Graduan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka menceburi bidang pengajaran, perhubungan awam, pengurusan sumber manusia, penyiaran, kewartawanan dan penterjemahan.

 

Kurikulum/ Senarai Kursus Program

Untuk melayakkan seseorang graduan dianugerahkan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian), seseorang graduan dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya 127 jam kredit (untuk pelajar tempatan) dan 128 jam kredit (untuk pelajar antarabangsa).