Lokasi     UniSZA     CLMC

Latar Belakang

Penubuhan Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC), UniSZA bertujuan bagi menguruskan makmal-makmal untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta khidmat analisis saintifik di UniSZA. CLMC ditubuhkan di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UniSZA. Fungsi CLMC adalah untuk menguruskan sebarang isu berkaitan dengan makmal seperti pembangunan, peraturan, akreditasi, kecekapan, koordinasi, keseragaman dan koloborasi. Secara keseluruhan, pengurusan semua makmal, instrumentasi, bahan kimia dan staf makmal di UniSZA akan dipusatkan di bawah CLMC. Pada masa ini, makmal-makmal di UniSZA adalah di bawah pengurusan Pusat Tanggungjawab (PTj) seperti Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Fakulti Perubatan (FP), Fakulti Farmasi (FF) dan Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA).

Pengurusan Makmal secara berpusat telah dipraktikkan di beberapa universiti di Malaysia seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kewujudan Makmal Berpusat di Malaysia telah memberi faedah kepada pengurusan makmal secara bersepadu dan lebih berkesan, koordinasi maklumat saintifik, pengurusan kewangan yang lebih efisien, perkembangan  kerjaya dan penyelarasan keperluan latihan bagi peningkatan kompetensi staf makmal, penjanaan pendapatan universiti melalui makmal dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, penubuhan Makmal Berpusat di UniSZA ini merupakan acuan tersendiri dengan dibuat penambahbaikkan berdasarkan pendekatan Makmal Berpusat universiti-universiti tersebut.