Lokasi     UniSZA     CLMC

KURSUS PENGENDALIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PENGGUNAAN ALAT PELINDUNG DIRI (PPE)

 

BESUT, 28 OKTOBER-Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) telah mengadakan "Kursus Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya dan Penggunaan Alat Pelindung Diri (PPE)". 

Kursus ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Liwauddin bin Mohamad yang merupakan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD), CHRA Assessor & Certified Auditor OHSMS dari Medi-Ihsan OSH Sdn. Bhd. 

Kursus anjuran bersama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang bertujuan untuk memenuhi keperluan Peraturan USECHH 2000, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) yang menetapkan pekerja yang terlibat dengan bahan kimia berbahaya perlu menghadiri Kursus Pengendalian Bahan Kimia Berbahaya (Peraturan 22) dan Peraturan 16 bagi Penggunaan Alat Pelindung Diri (PPE) sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.