Lokasi     UniSZA     CLMC

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT (CLMC)

KUALA NERUS, 17 OKTOBER - Seramai 5 orang staf Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 yang disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi), Prof. Dr. Fadzli Adam pada hari ini secara atas talian.

Penyampaian Sijil APC adalah sebagai memberi penghargaan dan pengiktirafan, meraikan pencapaian prestasi dan mutu kerja cemerlang yang dihasilkan oleh staf berkenaan.

Penerima APC ini menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000.00 yang akan dibayar ke dalam akaun masing-masing. Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC pada tahun 2020.

Dalam suasana norma baharu, kita berubah menjadi lebih kreatif dan inovatif menguruskan kehidupan harian. Gerak kerja turut berubah bagi mengadaptasi norma baharu, dalam masa yang sama memerangi COVID-19. Adalah di harapkan seluruh warga CLMC khususnya dan warga UniSZA amnya untuk terus komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan.