Lokasi     UniSZA     CLMC

CLMC DIBERI PERANAN MENGURUSKAN SISA KLINIKAL DI PPV UniSZA

KUALA NERUS, 6 OKTOBER - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melabuhkan tirai  hari ini setelah beroperasi sejak 9 Jun lalu. Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) diberi tanggungjawab dan peranan dalam  menguruskan sisa klinikal di PPV UniSZA sepanjang tempoh ianya beroperasi lebih kurang 77 hari.

Sisa klinikal dikumpulkan terlebih dahulu dan ditimbang sebelum ianya dihantar ke Klinik Kesihatan Seberang Takir bagi tujuan pelupusan. Pelupusan sisa klinikal ini perlu dipatuhi kerana ianya termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. CLMC amat berbangga diberi peluang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program imunisasi kebangsaan demi membantu melawan pandemik Covid-19.