Seksyen

Tanggungjawab utama bahagian ini adalah untuk memberi perkhidmatan teras dalam Pengurusan Akademik dan keurusetian dalam urusan Senat, Ko-kurikulum, Pengambilan dan Kemasukan pelajar, Pendaftaran dan Penjadualan, Peperiksaan, Rekod pelajar, Pengijazahan dan Konvokesyen. Bahagian Pengurusan Akademik juga merupakan Urusetia kepada Pihak Berkuasa Universiti, serta Pengurusan dan Pembangunan Sistem Maklumat Pelajar dan Portal Pelajar.

Bahagian Pengurusan Akademik terbahagi kepada empat (4) seksyen sepertimana berikut:

 

SEKSYEN PENTADBIRAN & KONVOKESYEN

Seksyen ini bertanggungjawab dalam:

  • Mengurus fail-fail pentadbiran.
  • Merekod setiap cuti staf dan mengemaskini fail-fail peribadi staf.
  • Merancang pembelian alatan setiap seksyen.
  • Mengemaskini setiap inventori & harta modal.
  • Menyediakan bajet tahunan.
  • Menyediakan barang - barang keperluan pejabat.

 

SEKSYEN PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN

Seksyen ini bertanggungjawab dalam:

  • Mengurus pengambilan pelajar Diploma dan Sarjana Muda.
  • Mengurus permohonan kes-kes rayuan kemasukan dan kes-kes pertukaran Universiti.
  • Menyelaras unjuran statistik pengambilan pelajar ke UniSZA.
  • Merangka dan menyusun aktiviti pemasaran dan promosi.
  • Menyelaras pendaftaran pelajar baru.

 

SEKSYEN PEPERIKSAAN & PENGIJAZAHAN

Seksyen ini bertanggungjawab dalam:

  • Mengurus dan meyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan  peperiksaaan seperti venue dan bahan/alatan peperiksaan serta kertas soalan peperiksaan.
  • Menguruskan pelantikan ketua pengawas peperiksaan dan pengawas peperiksaan daripada semua Fakulti yang melibatkan beberapa lokasi peperiksaan.
  • Menguruskan pemprosesan rayuan semakan semula kursus dan rayuan menyambung pengajian.
  • Menyediakan senarai pelajar layak dianugerahkan ijazah serta skrol dan transkrip akademik pelajar.
  • Urusetia jawatankuasa rayuan universiti.
  • Menguruskan pelajar yang akan bergraduat dan tamat pengajian.

 

SEKSYEN PENJADUALAN REKOD & PENDAFTARAN KURSUS

Seksyen ini bertanggungjawab dalam:

  • Menguruskan urusan pendaftaran kursus, penjadualan kuliah, penjadualan peperiksaan dan pertukaran kelas serta menguruskan Sistem Akademik (SISMAK).
  • Menguruskan urusan perekodan dan penyimpanan fail pelajar.
  • Mentadbir rekod dan sistem portal pelajar.
  • Menyelaraskan pertukaran program pengajian pelajar.

 

SEKSYEN PENGURUSAN DASAR DAN SENAT

Seksyen ini bertanggungjawab dalam:

  • Menyelaras sebarang perkara yang melibatkan perkara dasar dengan pihak kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Menyelaras penubuhan fakulti/pusat/institut dan penawaran program baru.
  • Menyelaras proses jaminan kualiti program-program akademik untuk tujuan pengiktirafan.
  • Urusetia mesyuarat senat.
  • Urusetia jawatankuasa penetapan yuran.
  • Pengemaskinian buku peraturan akademik.

PrintEmail