• Baiah Dalam Pelaksanaan Sistem Demokrasi di Malaysia (2018)

Penulis/Author: Wan Mohd Yusof Wan Chik, Mohd Sufian Mokhtar, Ahmad Faizol Ismail


Baiah merupakan elemen penting dalam pelantikan khalifah menurut sistem pemerintahan Islam. Tanpanya, pelantikan khalifah adalah tidak sah. Tidak sebagaimana shura yang sering dikaitkan dengan demokrasi, baiah kurang diberi perhatian. Justeru, buku ini bertujuan menjelaskan konsep baiah dalam sistem politik dan ruang pelaksanannya dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia. 

Buku ini mempunyai tiga bahagian utama. Bahagaian pertama menelusuri latar belakang sistem demokrasi di Malaysia. Ia merangkumi isu sejarah dan kontrak sosial sebagai teras kedaulatan negara dan integrasi nasional. Bahagian kedua pula menumpukan pada konsep baiah dalam politik Islam. Ia  menjelaskan tentang konsep dan sejarah baiah sebagaimana yang diperbahaskan dalam kitab-kitab fiqh am dan fiqh kenegaraan Islam. Manakala bab ketiga memperincikan elemen-elemen baiah dalam sistem demokrasi di Malaysia. Ia mengetengahkan tentang ruang-ruang pelaksanan konsep baiah dalam sistem semasa melalui elemen kontrak sosial, upacara angkat sumpah, ketaatsetiaan kepada raja dan negara, pilihanrya, manifesto dan ikrar akujanji. 

Ringkasnya, buku ini adalah satu usaha memperkasakan sistem demokrasi yang ada di Malaysia melalui kefahaman dan penerapan konsep baiah. Hal ini amat penting demi menjamin kestabilan negara dan integriti para pemimpinnya sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Baiah Dalam Pelaksanaan Sistem Demokrasi di Malaysia (2018)

  • Product Code: ISBN 978-967-0899-99-2
  • Availability: In Stock
  • RM 36.00

  • Ex Tax: RM 36.00

Tags: BAIAH, Pelaksanaan, Sistem, Demokrasi, Malaysia, Pemerintahan Islam, Khalifah, Politik, Kenegaraan Islam