• Bicara Ilmiah Perlembagaan Edisi Ke-2 (2018)

Penulis: Idris Abdul Hamid, Norsuhaily Abu Bakar, Maheran Makhtar

Buku Bicara Ilmiah Perlembagaan Malaysia ini merupakan edisi kedua setelah dibuat penambahbaikan beberapa kandungan berbanding edisi pertama. Selain menyorot peruntukan-peruntukan perlembagaan yang tertentu, buku ini memasukkan contoh-contoh kes dan insiden dalam memahami operasi dan masalah perlembagaan. Buku ini memperihalkan tentang sejarah dan isu-isu Perlembagaan Malaysia dalam bentuk diskusi dalam kalangan sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Antara isu-isu yang diperbincangkan ialah maksud dan fungsi Perlembagaan, demonstrasi dan kebebasan, alam budaya, kewarganegaraan, kemerdekaan, sejarah penggubalan, Islam agama Persekutuan, isu kalimah Allah, kontrak sosial, Akta Murtad, takrifan Melayu dan kaum-kaum lain, kesamarataan, Perkara 153, Ketuanan Melayu dan institusi Raja – Raja Berperlembagaan. Ia digarap dalam bentuk dialog beserta ulasan dan contoh kes, bagi menarik minat pembaca dan mudah difahami. Penulisan buku ini sangat sesuai dibaca oleh generasi baharu sebagai maklumat asas mengenal Perlembagaan Malaysia. Ia sesuai untuk rujukan calon STPM, Pengajian Am, matrikulasi dan pra siswazah.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Bicara Ilmiah Perlembagaan Edisi Ke-2 (2018)

  • Product Code: ISBN 978-967-0899-82-4
  • Availability: In Stock
  • RM 41.00

  • Ex Tax: RM 41.00

Tags: Bicara Ilmiah, Perlembagaan, Malaysia, fungsi Perlembagaan, demonstrasi, kebebasan, alam budaya, kewarganegaraan, kemerdekaan, sejarah penggubalan, Islam agama Persekutuan, isu kalimah Allah, kontrak sosial, Akta Murtad, Kaum, kesamarataan, Ketuanan Melayu, institusi Raja – Raja Berperlembagaan