Kumpulan Penyelidikan MIYA 2.0
Keterjaminan makanan merupakan perkara asas kepada kemandirian sesebuah negara, khususnya dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi, serta peningkatan permintaan terhadap sumber makanan. Justeru, pembangunan keusahawanan dalam kalangan belia, terutama pelajar di semua peringkat pengajian, dilihat sebagai agenda strategik negara bagi memantapkan keterjaminan makanan dan memastikan kelangsungan sektor agromakanan pada masa hadapan.
Namun demikian, inisiatif dan pelan tindakan berkaitan pembangunan agropreneur tidak akan mencapai kejayaan yang optimum sekiranya pemahaman terhadap karakter, nilai, dan kecenderungan generasi baharu tidak diperhalusi dengan mendalam. Hal ini terutamanya melibatkan generasi Z dan Alpha yang bakal mewarisi dan mencorakkan masa depan negara. Pendekatan yang bersesuaian dengan aspirasi, gaya hidup, serta keupayaan teknologi generasi ini amat penting dalam memastikan mereka bukan sahaja berminat, malah berdaya tahan dalam bidang keusahawanan pertanian.
Buku ini mengandungi lapan bab yang membincangkan secara menyeluruh tentang cabaran, peluang, serta inisiatif dalam pembangunan agropreneur muda di dalam dan luar negara. Perbincangan turut merangkumi isu keterjaminan makanan dan kaitannya dengan tahap penglibatan belia dalam sektor pertanian, termasuk faktor pendorong dan kekangan yang dihadapi. Selain itu, buku ini juga mengetengahkan kisah kejayaan beberapa individu dalam projek agropreneur muda di peringkat kebangsaan dan universiti, yang diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi serta contoh praktikal kepada pihak yang ingin membangunkan program agropreneur.
Semoga buku ini dapat menjadi panduan dan rujukan yang komprehensif kepada semua pihak, khususnya pembuat dasar program agropreneur di Malaysia, institusi pengajian tinggi, agensi swasta, serta organisasi berkaitan dalam merangka dan melaksanakan program pembangunan keusahawanan yang lebih berimpak, inklusif, dan lestari demi menjamin keterjaminan makanan negara pada masa hadapan.
Cabaran Melahirkan Agropreneur Muda (2026)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-45-3
- Availability: In Stock
-
RM 58.00
- Ex Tax: RM 58.00
Tags: Cabaran, Melahirkan, Agropreneur, Muda, 2026

-228x228.jpg)