• Sistem Kekeluargaan Islam dan  Amalannya di Malaysia  Edisi Ke-2 (2026)

Penulis: Jamalluddin Hashim


Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia merupakan sebuah karya ilmiah yang menghuraikan secara menyeluruh hukum-hakam kekeluargaan dalam Islam serta aplikasinya dalam kerangka Undang-Undang Kekeluargaan Islam yang dikuatkuasakan di Malaysia. Buku ini pada asalnya disusun sebagai nota pengajaran bagi kursus elektif di Universiti Sultan Zainal Abidin, sebelum diperkemas dan diperluas agar sesuai dijadikan bahan rujukan akademik dan bacaan umum. Dari sudut fiqh, perbincangan buku ini berasaskan pandangan Mazhab Syafi‘i sebagai mazhab utama di Malaysia, di samping mengetengahkan pandangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali dalam isu-isu tertentu. Pendekatan ini selaras dengan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 yang mengiktiraf kepelbagaian mazhab muktabar, serta mencerminkan fleksibiliti syariat Islam dalam menangani perubahan masa dan tempat. Dari aspek perundangan, buku ini merujuk secara utama kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017, disertai perbandingan dengan peruntukan negeri-negeri lain serta analisis kes-kes mahkamah Syariah. Secara keseluruhan, buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh ahli akademik, pelajar, peguam syarie dan masyarakat umum yang ingin memahami sistem kekeluargaan Islam dalam konteks perundangan Malaysia kontemporari.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia Edisi Ke-2 (2026)

  • Product Code: ISBN 978-629-7804-40-8
  • Availability: In Stock
  • RM 50.00

  • Ex Tax: RM 50.00

Tags: Sistem, Kekeluargaan, Islam, Amalannya, Malaysia, Edisi, 2026, Jamalluddin Hashim