Penulis: Khadher Ahmad, Mustaffa Abdullah, Muhamad Alihanafiah Norasid
Dewasa ini, pelbagai isu kontemporari timbul dalam masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan agama, yang memerlukan perbincangan lanjut serta penetapan hukum semasa. Menariknya, isu-isu tersebut telah diperincikan perbahasannya sehingga boleh dirumuskan penyelesaian atau cadangan yang sewajarnya. Antara isu kontemporari yang masih wujud ialah salah faham terhadap nas al-Quran dan hadis, serta penyelewengan dalam tafsiran dan penjelasan maknanya. Keadaan ini menuntut penjelasan yang lebih jelas dan berautoriti, berasaskan kerangka pemahaman yang sahih serta kaedah dan pendekatan yang diiktiraf dalam tradisi keilmuan Islam. Sehubungan itu, karya ini mengemukakan beberapa isu kontemporari untuk dibahaskan secara lebih mendalam, disertai cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Interaksi terhadap isu-isu kontemporari perlu dilaksanakan melalui kupasan dan perbincangan yang berpandukan garis panduan serta kaedah yang telah digariskan oleh para ulama, bukan berasaskan tafsiran peribadi tanpa rujukan yang sahih.
Interaksi Dalam Isu-Isu Kontemporari Penyelesaian Mengikut Al-Quran dan Hadis (2026)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-30-9
- Availability: In Stock
-
RM 62.00
- Ex Tax: RM 62.00
Tags: Interaksi, Isu-Isu, Kontemporari, al-Quran, Hadis, 2026, Khadher Ahmad, Mustaffa Abdullah, Muhamad Alihanafiah Norasid

