Penulis: Nadzifah Yaakub, Nur Saadah Mohd Shapri, Mohd Nordin Abdul Rahman
Biodiversiti merangkumi kepelbagaian kehidupan di muka bumi yang meliputi tumbuh- tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, serta ekosistem yang menjadi habitatnya. Kepelbagaian ini amat penting untuk mengekalkan keseimbangan alam semula jadi, menyokong sumber makanan, perubatan, dan kesejahteraan manusia. Pemuliharaan biodiversiti merupakan aspek penting bagi memastikan kelangsungan hidup generasi masa hadapan di samping mengekalkan kestabilan ekosistem dunia dan kesejahteraan alam sekitar. Dalam konteks cabaran global seperti perubahan iklim dan kemerosotan sumber semula jadi, buku ini mengetengahkan pendekatan lestari bagi menyokong keseimbangan ekosistem hutan tanah BRIS. Buku ini membincangkan prinsip asas biologi tumbuhan, adaptasi fisiologi, serta transformasi anatomi yang mendasari amalan pertanian lestari. Di samping itu, teknologi terkini seperti akuaponik, hidroponik, dan sistem pertanian organik turut dihuraikan sebagai strategi untuk memperkukuh kelestarian ekologi. Buku ini disusun khusus untuk pelajar, penyelidik, dan masyarakat sebagai panduan ilmiah dalam mengintegrasikan teori sains asas mengenai tanah BRIS ke arah pemeliharaan biodiversiti yang lebih cekap, mesra alam, dan mampan.
Eksplorasi Biodiversiti Taman Rimba Ilmu, Tanah BRIS (2026)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-27-9
- Availability: In Stock
-
RM 52.00
- Ex Tax: RM 52.00
Tags: Eksplorasi, Biodiversiti, Taman, Rimba, Ilmu, Tanah BRIS, 2026, Nadzifah Yaakub, Nur Saadah Mohd Shapri, Mohd Nordin Abdul Rahman

