Penulis: Nurul Husna Mohd Pidrus, Mohd Hasrul Shuhari
Dalam menghadapi cabaran dunia pada masa ini, pelbagai krisis akidah telah ditimbulkan berkaitan ketuhanan, ideologi semasa dan ekstremisme agama yang menggugat kesucian akidah umat Islam. Pendekatan Sifat 20 oleh Ahli Sunnah wa a-Jamaah perlu diperkukuh, dikekalkan dan diberi perhatian semula sebagai sebuah kaedah untuk mengenal Allah SWT dan memahami akidah Islam yang sebenar. Buku ini mengetengahkan pendekatan Sifat 20 bukan sahaja sebagai benteng akidah malah menyumbang terhadap pembentukan akhlak, toleransi dan kestabilan sosial dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang membawa keamanan sejagat. Justeru, buku ini sesuai diketengahkan kepada pembaca umum, pendakwah, ahli akademik dan pembuat dasar. Buku ini turut memberi nafas baharu kepada pendekatan tradisional melalui Sifat 20 dalam membina keharmonian yang berpaksikan keimanan yang sahih dan pemikiran yang murni.
Membina Masyarakat Islam Harmoni pendekatan Sifat 20 (2026)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-31-6
- Availability: In Stock
-
RM 48.00
- Ex Tax: RM 48.00
Tags: Membina, Masyarakat, Islam, Harmoni, pendekatan, Sifat 20, 2026, Nurul Husna Mohd Pidrus, Mohd Hasrul Shuhari

-228x228.jpeg)