Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh, Mohd Shahrizal Nasir, Aznida Aziz
Ramai yang berhasrat atau bercita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Sesetengah mereka yang berjaya memasuki gerbang pengajian pascasiswazah, kerap mendapati kegembiraan awal itu boleh bertukar kepada situasi kebingungan, penyesalan atau kemarahan. Sesetengah yang lain pule berjaya menamatkan pengajian, tetapi sumbangan keilmuan yang signifikan daripada mereka selepas itu tidak kedengaran. Kemunculan buku 'Bukan Sekadar Tesis: Kembara Jiwa dalam Dunia llmu' ini boleh menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dan memberi pandangan terhadap isu yang dibangkitkan. Buku ini menghimpunkan cebisan pengalaman yang digabungkan dengan catatan akademik oleh sekumpulan pengarang semasa menempuhi pengembaraan pengajian pascasiswazah. Cantuman pengalaman ini berjaya mengungkap satu pendirian yang tegas bahawa pengajian siswazah bukan sekadar penghasilan tesis atau disertasi, tetapi proses pembentukan insan. 'Bukan Sekadar Tesis' menolak pandangan yang memaknakan PhD sebagai hasil semata-mata. Sebaliknya menegaskan bahawa perjalanan pengajian siswazah bakal menguji nilai, membentuk disiplin, dan mematangkan jiwa seorang ilmuwan. Metafora 'Kembara Jiwa' menyentuh dimensi dalaman mengenai pencarian makna, pergelutan dan transformasi diri. Manakala 'Dunia llmu' memagari naratif dalam kerangka akademik yang berwibawa dan berkredibiliti. Di sinilah letaknya keunikan buku ini apabila aspek estetika dan metodologi bertemu sehingga menghasilkan refleksi yang menggetarkan perasaan, namun tetap berpaut pada etika penyelidikan dan keteguhan intelektual. la berjaya mengetengahkan bahawa PhD ialah medan pemerkasaan keintelektualan, pengasuhan nilai, pembangunan diri, pemaknaan hubungan insan, dan pengukuhan hubungan dengan Tuhan. Karya ini mempunyai kekuatan untuk mengajak pembaca melihat ilmu bukan sekadar pencapaian, tetapi sebagai jalan pembentukan diri yang menyeluruh. Oleh itu, buku ini sesuai untuk ditelaah oleh mereka yang akan, sedang atau pernah berada dalam dunia penyelidikan. la juga sesuai buat sesiapa yang percaya bahawa ilmu bukan sekadar untuk difahami, malah untuk membentuk manusia dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Mengetahui.
Bukan Sekadar Tesis Kembara Jiwa dalam Dunia Ilmu (2026)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-28-6
- Availability: In Stock
-
RM 51.00
- Ex Tax: RM 51.00
Tags: Bukan, Sekadar, Tesis, Kembara, Jiwa, Dunia, Ilmu, 2026, Kamarul Shukri Mat Teh, Mohd Shahrizal Nasir, Aznida Aziz

