Penulis: Siti Salwa Mohd Noor
Cakap Arab Gaya al-Quran: Bertutur Berdasarkan Nilai Murni dalam Islam ialah sebuah modul mudah bertutur bahasa Arab dengan menggunakan syahid atau ayat-ayat dari al-Quran al-Karim. Ayat ini memfokuskan kepada akhlak dan nilai murni dalam Islam seperti sifat sabar, berbuat baik kepada manusia, sikap jujur dan adil. Conteh ayat yang diambil daripada al-Quran ini menjadi kata kunci untuk pembinaan ayat lain dalam pelbagai situasi perbualan atau ketika menyampaikan ucapan ringkas. Nampak sukar? Jangan risau, terjemahan dalam bahasa Melayu bagi setiap ayat juga disertakan untuk kefahaman pembaca. Selain itu, dengan membaca buku ini, pembaca akan terbiasa menggunakan ayat al-Quran dalam perbualan dan dapat menarik minat pendengar terhadap ucapan dan perbualannya. Buku ini turut mengajak pembaca untuk menyelami kandungan al-Quran bukan sahaja dari segi maknanya tetapi turut pada lafaznya. Lebih mengujakan, buku ini sangat sesuai untuk para huffaz al-Quran atau baru berjinak untuk menjadi seorang hafiz al-Quran kerana ia boleh dijadikan panduan untuk menggunakan setiap ayat al-Quran yang telah tersemat di dada dalam perbualan harian. Anak-anak seawal usia juga boleh didedahkan dengan kaedah bertutur bahasa Arab menggunakan ayat al-Quran tanpa menunggu pembelajaran formal di sekolah. Jika anda pencinta bahasa Arab dan ingin menjadikan anak-anak anda pencinta bahasa al-Quran, jadikan ia salah satu koleksi buku bertutur bahasa Arab yang perlu ada di rumah!
Cakap Arab Gaya Al-Quran Bertutur Berdasarkan Nilai Murni dalam Islam (2026)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-25-5
- Availability: In Stock
-
RM 56.00
- Ex Tax: RM 56.00
Tags: Cakap, Arab, Gaya, Al-Quran, Bertutur, Nilai, Murni, Islam, 2026, Siti Salwa Mohd Noor, 2026

