Penulis: Nur Syahirah Mohammad Nasir, Muhammad Shahrul ifwat Ishak, Nadhirah Nordin
Fiqh muamalat merupakan ilmu yang sangat penting buat setiap Muslim memandangkan mereka tidak terlepas daripada terlibat dengan aktiviti ekonomi dan kewangan dalam kehidupan seharian. Ilmu ini merupakan panduan halal dan haram dalam urusan berkaitan wang, harta dan muamalat. Walaubagaimanapun fiqh muamalat kelihatan eksklusif kepada golongan tertentu khususnya yang mempunyai latarbelakang pengajian agama, dan agak sukar untuk difahami oleh orang awam dengan perbincangannya yang terlalu teknikal dan dalam bahasa Arab. Hakikatnya fiqh muamalat tidak hanya berkaitan hukum dan peraturan, namun padanya sarat dengan nilai kebaikan yang jika diamalkan akan memberi manfaat kepada kehidupan. Inilah matlamat Syariah iaitu menjadi rahmat buat sekalian alam. Justeru, buku ini menawarkan perbincangan yang lebih inklusif kepada semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja membahaskan aspek teori dan aplikasi, namun diadun dengan elemen nilai yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan manusia selari dengan matlamat Syariah.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan asas kepada para pelajar, pentadbir kewangan, pengamal industri, penggubal dasar serta masyarakat awam yang ingin memahami konsep fiqh muamalat secara mudah, berstruktur dan berteraskan nilai. Ia juga amat bermanfaat kepada mereka yang ingin menjadikan Syariah sebagai panduan hidup, bukan sekadar dalam ibadah, tetapi dalam keseluruhan urusan ekonomi dan kewangan harian.
Muamalat Berasaskan Nilai (2025)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-11-8
- Availability: In Stock
-
RM 44.00
- Ex Tax: RM 44.00
Tags: Mualamat, Berasaskan, Nilai, 2025, Nur Syahirah Mohammad Nasir, Muhammad Shahrul ifwat Ishak, Nadhirah Nordin

