• Sejarah Balaghah Arab Dan I'Jaz Al-Quran Hubungan Dengan Teori Al-Nazm (2023)

Penulis: Roslan Ab Rahman, Mustafa Che Omar, Abdul Wahid Salleh, Nashaat Baioumy, Md Nor Abdullah


Perkembangan pengajian balaghah Arab bertitik tolak sejak zaman sebelumIslam iaitu zaman Jahiliah yang terkenal dengan kehebatan karya sastera Arabsama ada syair mahupun prosa. Pertumbuhannya bergerak maju seiring denganperkembangan peradaban ilmu lslam bermula zaman permulaan lslam,Umawiyyah dan 'Abbasiyyah sehingga zaman kini. Di Malaysia,pengajianbalaghah kini telah diterima atau dimasukkan dalam kurikulum pendidikankebangsaan dan diteruskan di pusat-pusat pengajian tinggi.Pengajiannya jugaterdapat dalam kurikulum pengajian pondok di Malaysia. Jelasnya, pengajianbalaghah sudah meluas di peringkat sekolah menengah, pusat pengajian tinggidan pusat pengajian pondok. Walau bagaimanapun, pengajian balaghah dalamkalangan masyarakat awam dilihat masih tidak meluas berbanding pengajianbahasa Arab itu sendiri. Kebanyakannya tertumpu kepada aspek kemahiranberkomunikasi, ilmu nahu dan sarf sahaja tanpa membicarakan ilmu balaghahyang juga merupakan salah satu daripada komponen bahasa Arab.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis, boleh dikatakansumber-sumber rujukan balaghah dalam bahasa Melayu masih kurangsedangkan ia amat diperlukan oleh para pelajar di sekolah mahupun di universiti.Justeru,buku ini menjadi solusinya dan dianggap sebagai satu usaha untukmelihat semula ilmu balaghah bermula dengan menelusuri sejarahperkembangan awal ilmu balaghah sehingga terbentuknya disiplin ilmu balaghahyang tersusun melalui tiga komponen utama iaitu ilmu ma'ani, bayan dan badi'.Tokoh-tokoh sarjana Arab yang mempelopori usaha penulisan ilmu balaghahdiperkenalkan dan membahagikan penulisan karya mereka kepada erapertumbuhan, kesempurnaan dan kelesuan. Topik l'jaz al-Quran dan kaitandengan teori al-Nazm oleh tokoh terulung balaghah Arab iaitu 'Abd al-Qahiral-Jurjani menjadi fokus buku ini. Perbahasan tentang teori al-Nazm dianggapsebagai topik istimewa kerana ia dilihat kurang diberi perhatian sedangkan teoritersebut telah dijadikan manhaj bagi sebahagian kitab tafsir al-Quran sejaksekian lama. Diharapkan juga buku ini menjadi sumbangan bermanfaat dandapat menyemarakkan lagi karya balaghah Arab di Malaysia mahupun dinusantara.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Sejarah Balaghah Arab Dan I'Jaz Al-Quran Hubungan Dengan Teori Al-Nazm (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-42-0
  • Availability: In Stock
  • RM 35.00

  • Ex Tax: RM 35.00

Tags: Sejarah, Balaghah, Arab, I'Jaz, Al-Quran, Hubungan, Teori, Al-Nazm, 2023