• Pengantar Hukum Syarak Teori dan Aplikasi (2022)

Penulis: Mohd Hafiz Jamaludin, Norhidayah Pauzi, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar


Buku ini sesuai untuk dijadikan sumber rujukan tambahan kepada para pelajar dalam memberikan kefahaman berkaitan teori hukum syarak yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi dan menengah atas. Ia turut sesuai untuk bacaan umum bagi mereka yang ingin mendalami perbincangan dalam ilmu usul fiqh kerana perbahasan berkenaan hukum syarak ini merupakan pengenalan awal sebelum para penuntut ilmu mempelajari dengan lebih mendalam kaedah-kaedah dan permasalahan-permasalahan dalam ilmu usul fiqh. Antara isi kandungan buku ini adalah penjelasan berkenaan konsep dan pembahagian hukum syarak. Seterusnya, ia juga memberikan huraian terperinci berkenaan permasalahan-permasalahan yang dibincangkan dalam bahagian hukum taklifi dan hukum wad‘i. Selain itu, penjelasan berkenaan konsep al-hakim, al-mahkum fih dan al-mahkum ‘alaih turut dibincangkan dalam buku ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Pengantar Hukum Syarak Teori dan Aplikasi (2022)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-35-2
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Pengantar, Hukum, Syarak, Teori, Aplikasi, 2022