• [eBook] Penyelesaian Konflik Kehendak Manusia dalam Memenuhi Keperluan Hidup Melalui Perspektif Al-Ghazali dan Maslow  (2022)

Penulis : Norhashimah Yahya, Syed Hadzrullathfi Syed Omar


Manusia sering kali mengalami pelbagai konflik kehendak dalam kehidupan termasuk menguruskan keperluan hidup. Adapun konsep kehendak manusia yang dikemukakan oleh Abraham Maslow tidak mampu mencapai elemen kepuasan diri, kebahagiaan serta konsep penerimaan dalam diri manusia secara sempurna. Namun, melalui pendekatan al-Ghazali konsep kehendak manusia dalam usaha untuk menggapai tiga elemen tersebut direncana secara bersyariat. Oleh itu, kedudukan konsep kehendak yang diselarikan dengan keperluan hidup yang bersyariat harus dimiliki oleh setiap individu dan merupakan suatu keutamaan untuk diketengahkan dalam kalangan masyarakat. Buku ini memaparkan perbincangan berkaitan konsep kehendak manusia yang distilahkan sebagai al-iradah pada pandangan al-Ghazali dan konsep keperluan hidup menurut Maslow serta mengemukakan perbezaan dan persamaan antara kedua-duanya. Hasil perbezaan dan persamaan yang digabungjalinkan melalui pemikiran kedua-dua tokoh iniberjaya menghasilkan satu kerangka penyelesaian bagi mengurangkan konflik kehendak manusia dalam memenuhi keperluan hidup sejagat. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat sebagai rujukan dalam menguruskan konflik kehendak diri bagi mencapai kepuasan diri, kebahagiaan hakiki serta konsep penerimaan yang selaras dengan tuntutan syarak.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Penyelesaian Konflik Kehendak Manusia dalam Memenuhi Keperluan Hidup Melalui Perspektif Al-Ghazali dan Maslow (2022)

  • Product Code: eISBN 978-967-2750-22-2
  • Availability: In Stock
  • RM 19.00

  • Ex Tax: RM 19.00

Tags: eBook, Penyelesaian, Konflik, Kehendak, Manusia, Memenuhi, Keperluan, Hidup, Perspektif Al-Ghazali, Maslow, 2022