• Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia (2022)

Penulis: Jamalluddin Hashim


Buku Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia ini mengupas tentang hukum-hakam kekeluargaan dalam Islam serta aplikasinya menurut Undang-undang Kekeluargaan Islam yang diamalkan di Malaysia. Buku ini asalnya merupakan nota bagi kursus elektif Sistem Kekeluargaan Islam yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Namun, isi kandungan buku ini telah ditambah baik dan diolah semula bagi disesuaikan untuk bacaan umum. Fakta-fakta figah yang terdapat dalam buku ini secara dasarnya dipetik menurut pandangan Mazhab Syafi'i. Namun dalam sesetengah isu, pandangan tiga mazhab yang lain iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali turut dimasukkan. Ini adalah bagi disesuaikan dengan definisi "Hukum Syarak" yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 iaitu hukum syarak mengikut Mazhab Syaf'i atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali. Selain itu, pandangan-pandangan selain mazhab empat, tokoh-tokoh ulama silam dan kontemporari turut dimasukkan apabila berlakunya keperluan. Ini adalah sebagai satu perbandingan pendapat yang berkemungkinan dapat dilihat dari sudut kerelevanan pendapat-pendapat tersebut dalam konteks semasa. Ini adalah melihatkan kepada fleksibiliti Syariat Islam yang boleh menerima perubahan hukum berdasarkan perubahan masa dan tempat. Dari sudut amalan semasa, penulisan buku ini secara dasarnya mengguna pakai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 yang dikira sebagai panduan bagi mengendali dan memutuskan kes-kes kekeluargaan yang berlaku di neger Terengganu. Namun Enakmen Undang-undang Keluarga dari negeri-negeri lain turut dimasukkan sebagai satu perbandingan. Pelbagai kes kekeluargaan turut dimasukkan dalam buku ini bagi melihat keputusan-keputusan kehakiman yang pernah dilakukan berdasarkan figah Islam dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Buku ini sesuai untuk semua lapisan pembaca khususnya ahli akademik, pelajar, peguam syarie dan orang awam yang berminat dengan isu kekeluargaan dari sudut figah Islam dan perundangan semasa yang diaplikasikan di Malaysia.



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia (2022)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-14-7
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 49.00

  • Ex Tax: RM 49.00

Tags: Sistem, Kekeluargaan, Islam, Amalannya, Malaysia, 2022, Mazhab Syafi'i, Hukum Syarak, Mazhab Maliki, Hanafi, Hambali.