• Syarahan Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin (2021)

Penulis: Mohamad Abu Bakar 


Pengantarabangsaan sesebuah penempatan bukanlah sesuatu yang terjadi secara kebetulan. Selain faktor kekayaan hasil bumi dan lokasi geografi,
penghuninya mestilah mempunyai keperibadian dan kebijaksanaan tersendiri dalam menangani cabaran dalam dan luar. Syarahan Kursi Sultan Mizan bertajuk 'Terengganu Darul Iman: Pengantarabangsaam Sebuah Penempatan" oleh Mohammad Abu Bakar ini adalah cerminan kecintaan, muhasabah dan harapan seorang anak jati negeri Terengganu. Negeri yang berpenghuni sejak ribuan tahun digambarkan sebagai sudah 'kalih" dengan dunia pengantarabangsaan. Ia merupakan sebuah wilayah maritim yang begitu kompetitif dan aktif dengan pelbagai aktiviti politik, perdagangan, dan kemanusiaan. Sepanjang sejarah, ia menarik minat kunjungan pelbagai bangsa timur-barat atas tujuan diplomasi, hasil bumi mahupun dakwah. Begitupun kemajuan yang dicapai kini dilihat tidak setara dengan sejarah, potensi sebenar bumi dan anak negeri, lantaran masin tersenarai sebagai antara negeri yang terkebelakang dalam persekutuan Malaysia. Justeru, masyarakat Terengganu seharusnya mempunyai The Way Forward sendiri. DNA "Warisan Peradaban Melayu Islam Nusantara'' wajar disemarakkan semula dalam usaha membangunkan local berseni wisdom budaya kehidupan berseni masyarakat Terengganu. Masyarakatnya pula seharusnya lebih berani menghadapi cabaran semasa dengan meninggalkan tabiat malu-malu ''sang penyu yang menangis''. Institusi-institusi pengajian tinggi perl pro-aktif menerajui usaha mewajahkan semula negeri Terengganu yang lebih berkeyakinan dan berketerampilan untuk menghadapi gelora pengantarabangsaan pada era globalisasi ini. Sesungguhnya Allah S.w.t tidak merubah untung nasib sesuatu bangsa, sehinggalah la sendiri merubah nasibnya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Syarahan Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-01-7
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 0.00

  • Ex Tax: RM 0.00

Tags: Syarahan, Kursi, Sultan, Mizan, Zainal, Abidin, 2021