Wan Nor Jazmina Wan Ariffin,Ramle Abdullah
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kerencaman etnik memperlihatkan amalan budaya yang berbeza bagi setiap etnik. Walau bagaimanapun, perbezaan yang wujud disebabkan elemen budaya bukanlah penghalang untuk pengukuhan intagrasi kaum terutamanya dalam sesebuah masayarakat plural seperti rakyat Malaysia malah ia menjadi kekuatan kepada keunikan identiti negara. Keunikan setiap budaya oleh pelbagai etnik yang berbeza latar belakang perlulah diraikan dan bukannya dilihat sebagai tembok yang menghalang perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Perkongsian budaya boleh berlaku dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Malah, kesenian warisan juga merupakan elemen yang boleh mengeratkan hubungan dalam sesebuah masyarakat plural. Di samping itu, amalan literasi budaya perlu diketengahkan dalam diri setiap kaum supaya perhubungan yang lebih ikhlas dan harmoni dapat dibentuk demi merealisasikan integrasi nasional.
[eBook] Integrasi dan Kebudayaan Realiti Minoriti Siam di Terengganu (2021)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-04-8
- Availability: 2-3 Days
-
RM 9.00
- Ex Tax: RM 9.00
Tags: Integrasi dan Kebudayaan Realiti Minoriti Siam di Terengganu (2021)