• Ajaran Sesat Di Negeri Terengganu (2009)

Penulis: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 


Ajaran seat dalam Islam bole ditafsirkan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang mutabar dan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Buku
ini mengupas persoalan ajaran sesat di Terengganu dengan memberikan takrif, pengasasannya, pembanterasan seta beberapa aspek lain. Pengarang ini menilai ajaran sesat daripada sudut akidah. Ajaran sesat ini muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Di antara kumpulan pertama yang diketahui adalah kumpulan yang diketuai al-Aswad al-'Unsi dan Musaylamah al-Kadhdhab. Dan sehingga sekarang pun ajaran seat ini berkembang dalam pelbagai bentuk dan ciri. Di Terengganu di antara kumpulan baru yang dikenal ialah kumpulan Ayah Pin yang antara lain ketuanya dikatakan pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan. Buku ini juga membentangkan usaha pembanterasan kumpulan Ayah Pin dan kumpulan ajaran sesat lain, khasnya melalui institusi yang diamanahkan dalam mentadbir dan membangun Islam di Negeri Terengganu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Ajaran Sesat Di Negeri Terengganu (2009)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-33-3
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 20.00

  • Ex Tax: RM 20.00

Tags: Ajaran, Sesat, Negeri Terengganu, sunnah, mazhab, ayah pin, islam