• Inovasi Pendidikan Tinggi Era Pandemik COVID-19 (2021)

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh, Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Mazuri Abd. Ghani, Mokhairi Makhtar


Sejak penularan wabak pandemik COVID-19, dunia menyaksikan peralihan norma baharu yang sangat drastik, termasuklah dalam aspek pendidikan. Penularan COVID-19 pada akhir bulan Januari di Malaysia telah meletakkan aktiviti pendidikan di semua peringkat berada dalam keadaan luar daripada kebiasaan. Seluruh jentera di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bergerak secara berpandu dan berhati-hati dalam melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan mewajibkan para pendidik untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta memanfaatkan penggunaan teknologi dalam aktiviti PdPc. Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan para pelajar UniSZA dapat mengikuti pengajian mereka semasa pandemik COVID-19. Para pensyarahnya pula sentiasa dikemaskinikan dengan keperluan pendekatan pengajaran Open and Distance Learning (ODL) yang dilihat sesuai dengan situasi pandemik. Semasa berusaha mengurus ketidaktentuan dan menyahut cabaran COVID-19 dalam pengajian tinggi, para pensyarah UniSZA telah menghasilkan pelbagai inisiatif berinovasi. Ia dalam kerangka untuk memudah, melicinkan dan menjayakan proses pencarian ilmu dengan berkesan ketika pandemik. Justeru, kehadiran buku ini adalah untuk berkongsi hasil inovasi Pendidikan. Bab-bab dalam buku ini pastinya akan menarik minat pembaca untuk mengetahui bagaimana UniSZA berhadapan dengan cabaran COVID-19 dan berlaku perubahan dalam landskap pengajaran sehingga tercetusnya inovasi dalam pendidikan. Semoga buku ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat dan bermakna kepada pembaca.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Inovasi Pendidikan Tinggi Era Pandemik COVID-19 (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-91-2
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 72.00

  • Ex Tax: RM 72.00

Tags: Inovasi, Pendidikan, Tinggi, Era, Pandemik, COVID-19, landskap, kementerian, penularan, wabak, malaysia