• [eBook] Liberalisme Dan Ekstremisme : Wacana Pemikiran Kontemporari Islam (2020)

Penulis: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam


Liberalisme adalah fahaman yang berasal dari dunia barat yang kini menular seluruh dunia. Kedudukan dunia tanpa sempadan mempercepatkan pernyebaran fahaman berasakan liberal. Bagaimanapun, fahaman ini mempunyai kontradiksi dengan prinsip utama Islam sekali gus menimbulkan ancaman terhadap muslim. Liberalisme dalam nada yang sama turut terkait dengan ekstemisme yang menghantui kedudukan islam dalam dunia global pada hari ini. Oleh itu, kedua-dua isu menjadi ramuan utaman dalam pembukuan karya ini.

Berdasarkan isu terfokus berkaitan liberalisme dan ekstremisme, buku ini mengumpul sudut pandangan pemikir tempatan dalam pelbagai aspek. Antaranya adalah perbincangan fundamental korpus ilmu dalam konteks kontradiksi. Perbincangan yang turut dibuat termasuklah menjurus pada isu penting sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Antara isu yang dihidangkan dalam wacana ini adalah seperti Kassim Ahmad, Gender Identity Disorder, kalimah Allah, Sisters in Islam dan sebagainya. Isu yang diketengahklan turut diberikan rungkaian solusi terutamanya berasakan prinsip asas dalam pengalaman Islam.

Karya ini sangat sesuai dimiliki bagi mengetengahkan wacana segar di peringkat university, sekali gus sebagai satu daripada bahan kuliah. Selain itu, karya ini wajar dimiliki oleh muslim bagi melihat sendiri bahaya liberalisme dan reality ekstremisme di Malaysia dan antarabangsa. Buku ini juga boleh menjadi hidangan buat orang bukan islam bagi memahami asas sebenar islam yang jelas bertentangan dengan perbuatan liberal dan tindikan ekstrem yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat pada hari ini. 


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Liberalisme Dan Ekstremisme : Wacana Pemikiran Kontemporari Islam (2020)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-49-3
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 10.00

  • Ex Tax: RM 10.00

Tags: Liberalisme, Ekstremisme, Wacana, Pemikiran, Kontemporari, Islam