• Kitab al-kifayah Karangan Tok Pulau Manis (2021)

Tok Pulau Manis atau nama sebenar beliau, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah merupakan ulama kelahiran Terengganu yang telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Terengganu. Karya fikah beliau berjudul al-Kifayah telah menjadi rujukan penting bagi perkara-perkara yang berkaitan asas hukum syarak yang perlu diketahui oleh seorang Muslim. Kitab al-Kifayah yang bertulisan jawi ini dikarang oleh Tok Pulau Manis sekitar tahun 1690-1700 Masihi dan menjadi teks rujukan bagi pelajar pondok yang juga diasaskan oleh beliau. Terdapat juga bukti menunjukkan kitab ini tersebar ke Patani dan negeri-negeri lain. Tok Pulau manis menumpukan perbahasan beliau kepada asas-asas akidah dan fikah bagi seorang Muslim seperti rukun iman, rukun Islam, bab taharah, solat, puasa, zakat, akikah, penyembelihan dan binatang halal serta haram dimakan. Fakta-fakta dalam kitab ini banyak disandari dengan pandangan muktamad dalam Mazhab Shafie dan contoh-contoh permasalahan yang dikemukakan juga banyak bersesuaian dengan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu ketika itu. Cara persembahannya yang ringkas tetapi padat menjadikan kitab ini sesuai digunakan dalam kuliah agama atau pengajian di madrasah dan masjid. Bagi membantu masyarakat khususnya pembaca memahami isi kandungan kitab ini yang banyak menggunakan bahasa Melayu Klasik dengan tulisan jawi lama, penulis mengambil inisiatif untuk mentransliterasinya ke tulisan rumi dan mentahkiknya dengan menggunakan tiga naskhah. Buku ini juga diusahakan untuk diterbitkan sebagai salah satu usaha memelihara manuskrip karya ulama silam tempatan yang sarat dengan mutiara ilmu untuk digali oleh generasi hari ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kitab al-kifayah Karangan Tok Pulau Manis (2021)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-77-6
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 52.00

  • Ex Tax: RM 52.00

Tags: Kitab, al-kifayah, Karangan, Tok Pulau Manis, Islam, Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah, karya, jawi, pondok, akidah, fikah, rukun iman, rukun Islam, bab taharah, solat, puasa, zakat, akikah, penyembelihan dan binatang halal serta haram dimakan, manuskrip, karya, ulama, silam, tempatan