• Isu-isu Kontemporari dalam Al-Quran: Modal Insan dan Cabaran Pembentukan Ummah Cemerlang (2014)

Penulis/Author: Zulkifli Mohd, Berhanuddin Abdullah, Mohd Safri Ali, Syed Hadzrullah Syed Omar, Mohd Shahril Othman


Pembangunan Modal Insan dan Pembentukan Ummah Cemerlang merupakan koleksi artikel-artikel terpilih yang telah dibentangkan dalam siri Seminar al-Quran (SQ) anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Buku ini mengandungi perbahasan tentang isu-isu semasa berkaitan pembangunan modal insan dan beberapa cabaran yang dihadapi oleh umat islam masa kini bagi membentuk ummah yang cemerlang sebagaimana yang pernah dikecapi umat Islam di zaman silam. Penerbitan buku ini merupakan satu sumbangan bermakna kepada korpus ilmu terutamanya dalam bicara pengajian Islam dan sains sosial, kerana perbincangan yang dikemukakan dalam setiap artikel diulas oleh penyelidik dan pakar dalam bidang berkaitan. 

Dengan kupasan berlandaskan nas-nas al-quran dan sunnah dengan mengambil kira situasi dan realiti semasa yang berlaku dalam masyarakat Islam dan dunia kontemporari, buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan bukan sahaja oleh pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dan penyelidikan dalam bidang pengajian Islam dan sains sosial, malah kepada pihak-pihak berkempentingan samada institusi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta orang awam yang mempunyai peranan dalam membangunkan individu, keluarga, masyrakat dan negara bagi mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.


 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Isu-isu Kontemporari dalam Al-Quran: Modal Insan dan Cabaran Pembentukan Ummah Cemerlang (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-88-3
  • Availability: In Stock
  • RM 41.00

  • Ex Tax: RM 41.00

Tags: Isu-isu, Kontemporari, Al-Quran, Modal, Insan, Cabaran, Pembentukan, Ummah, Cemerlang