• Institusi Pendidikan Islam Di Terengganu Kelahiran dan Kesinambungan (2014)

Penulis/Author: Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar, Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Mohd Ali Mohd Yusof


Institusi pengajian pondok di Terengganu mempunyai kaitan yang jelas dengan penubuhan institusi madrasah awal di Terengganu. Institusi Madrasah Sultan Zainal Abidin (MSZA) telah ditubuhkan pada 1925M dengan memperkenalkan Sijil Niha'iyyah dan Sijil Ibtida'i. Institusi Sekolah Menengah Atas Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk pula memperkenalkan Sijil Thanawi dan Sijil Kafa'ah. Pada tahun 1960an, istitusi SMAASZA telah melakukan transformasi kurikulum pengajian, apabila para pelajarnya turut mengikut kurikulum kebangsaan dan menduduki peperiksaan peringkat sijil Rendah Pelajaran kini Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan terkini sijil sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada tahun 1980 kerajaan negeri telah menubuhkan Kolej UgamaSultan Zainal Abidin (KUSZA) sebagai kesinambungan kepada institusi pendidikan Islam di Terengganu. Penubuhan institusi KUSZA berkonsep 'integrasi ilmu' membolehkan ia diterima oleh masyarakat serta mendapat pengiktirafan universiti daripada dalam dan luar negara. Kemuncak kepada tradisi pendidikan Islam di Terengganu, apabila kerajaan pusat bersetuju untuk menubuhkan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada 24 Ogos 2005, seterusnya telah ditukarkan namanya kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). UniSZA adalah sebuat universiti komprehensif yang berfokus, memiliki kredibiliti sebagai dalah sebuah institusi pengajian tinggi awam negara. cabaran UniSZA adalah untuk meneruskan kesinambungan tradisi, di samping berkeupayaan untuk melahirkan graduan yang relevan dengan kehendak pasaran, mempunyai jati diri nasional yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat global.  

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Institusi Pendidikan Islam Di Terengganu Kelahiran dan Kesinambungan (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-80-7
  • Availability: In Stock
  • RM 31.00

  • Ex Tax: RM 31.00

Tags: Institusi, Pendidikan, Islam, Terengganu, Kelahiran, Kesinambungan