• Mazhab Syafi'i Legasi Pengaruhnya di Malaysia (2019)

Penulis/Author: Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Muhammad Alif Md Aris, Abdul Hanis Embong


Mazhab Syafi'i merupakan mazhab yang diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafi'i ataupun dikenali sebagai Imam al-Syafi'i. Mazhab ini dianggap sebagai salah satu daripada empat mazhab fiqh  utama dalam Islam dan telah menjadi pegangan dan amalan masyarakat Islam di Nusantara termasuklah di Malaysia. Pengaruh Mazhab Syafi'i sangat dominan kepada masyarakat Islam di Malaysia terutama dalam perkara berkaitan ibadah. Kedudukan Mazhab Syafi'i di Malaysia telah diperkukuhkan lagi berdasarkan peruntukan perlembagaan dan enakmen-enakmen setiap negeri yang berorientasi Mazhab Syafi'i sebagai rujukan utama. 

Buku ini membincangkan sejarah perkembangan Mazhab Syafi'i pada peringkat awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selain itu, buku ini mengutarakan pengaruh Mazhab Syafi'i dalam bidang pendidikan, perundangan dan penfatwaan di Malaysia. Daripada perbincangan ini, legasi dan kedudukan serta pengaruh Mazhab Syafi'i di Malaysia dapat dilihat dengan jelas. Buku ini disumpulkan melalui perbincangan berkaitan cag=baran yang dihadapi oleh Mazhab Syafi'i di Malaysia pada masa kini. Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan yang mantap bekenaan pengalaman Mazhab Syafi'i.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Mazhab Syafi'i Legasi Pengaruhnya di Malaysia (2019)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-21-9
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 30.00

  • Ex Tax: RM 30.00

Tags: Mazhab, Syafi'i, Legasi, Pengaruhnya, Malaysia, Imam, Islam, Nusantara, ibadah