• Al-Miftah Fi Ahkam Al-Nikah (2018)

Penulis/Author: Jamalluddin Hashim, Siti Khatijah Ismail, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali, Zulkifli Mohd


Al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan salah satu sunatullah di dunia. Nabi Adam diciptakan kemudian diikuti dengan anak-anaknya mengikut sunah ini. Kehidupan manusia secara berpasangan (perkahwinan) menjadi sebab kepada kewujudan individu-individu. Daripada individu dan hidup secara berpasangan ini melahirkan umat dan bangsa yang pelbagai. Pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan hakikatnya adalah satu yang diperlihatkan dalam dua bentuk. Ia juga dianggap sebagai satu roh yang berkembang dalam dua jasad dan sebagai suatu binaan yang terdiri daripada dua rukun. Bahkan kedua-duanya merupakan hakikat kemanusiaan yang sempurna yangmana setiap daripada keduanya merupakan sebahagian daripada hakikat kemanusiaan tersebut. Sekiranya hanya wujud satu unsur sahaja, maka tiada kewujudan manusia. Jika binasa salah satu daripada dua unsur tersebut setelah kewujudannya, maka manusia tidak akan kekal. Mengetahui hukum- hakam berkaitan perkahwinan dan mengajarkannya merupakan suatu keperluan yang penting dan wajib bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Al-Miftah Fi Ahkam Al-Nikah (2018)

  • Product Code: ISBN 978-967-0899-95-4
  • Availability: In Stock
  • RM 46.00

  • Ex Tax: RM 46.00

Tags: Al-Miftah, Fi Ahkam, Al-Nikah, Quran, Sunnah, perkahwinan, Kehidupan, Umat, Bangsa, Jasad, Roh, Rumah Tangga