• Psikospiritual Islam (2014)

Penulis/Author: Mohd Shahril Othman, Safri Ali, Berhanundin Abdullah & Tasnim Abdul Rahman


Psikospiritual Islam merupakan satu konsep pengabdian dan penyerahan kepada Tuhan yang Maha Agung. Ia menjadi wasilah bagi seseorang hamba merawat jiwa atau rohaninya dengan berpandukan kepada manual yang ditetapkan Allah s.w.t. Melalui wasilah yang ditetapkan ini, diri, jiwa dan roh seseorang manusia akan stabil dan sukar untuk diselewengkan ke arah jalan kegelapan. Oleh kerana itu, konsep Psikospiritual Islam sangat menepati fitrah asal kejadian manusia sehingga perbincangan mengenainya semakin mendapat tempat dalam kalangan para penyelidik akademik di institusi pengajian tinggi tempatan dewasa ini.

Penghayatan terhadap konsep Psikospiritual Islam secara hakiki menjadi pemangkin yang membantu seseorang Muslim merasai kehadiran pengawasan dan pemerhatian Allah s.w.t. dalam segenap amalan atau perbuatan yang dilakukan tanpa mengira masa atau tempat. Hal ini dapat membantu hati untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t. Tanpa disedari, seorang Muslim dapat merealisasikan konsep tadabbur dan penghayatan makna kandungan al-Quran dalam agenda hariannya. Malahan, ia turut menyuntik sifat ikhlas secara maksimum bagi individu Muslim dalam memperjuangkan kedaulatan Islam yang dipandu dengan sifat wasatiyyah Islam. Pada masa yang sama, ia dapat menghindarkan aspek negatif dalam perjuangan agama seperti menggalakkan ke arah perpecahan ataupun pembunuhan dalam kalangan ummah.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Psikospiritual Islam (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-83-8
  • Availability: In Stock
  • RM 28.00

  • Ex Tax: RM 28.00

Tags: Psikospiritual, Islam, Tuhan, Wasilah, Jiwa, Rohani, Roh, Fitrah, Muslim, Amalan, Agama, Ummah