• Remaja Berisiko Dan Peranan Wanita Ngo (2016)

Penulis/Author: Azzyati Mohd Nazim dan Fariza Md Sham


Buku ini membincangkan peranan NGO wanita dan remaja berisiko dalam kehidupan masyarakat kini yang semakin kompleks dan mencabar. Penubuhan NGO wanita berasaskan keahlian yang terdiri daripada wanita dan pemudi profesional dapat memberi pelbagai sumbangan dan khidmat sosial dalam menangani remaja berisiko. Dalam pengkajian ilmu psikologi Islam, istilah ‘remaja’ bukanlah suatu istilah baru dalam membincangkan proses perkembangan sepanjang hayat manusia. Remaja berisiko mengalami risiko masalah yang disebabkan oleh penyimpangan agama.Terdapat dua unsur kekosongan utama dalam masyarakat moden iaitu suri teladan dan ibadah telah menghasilkan gandaan sifat negatif dalam diri remaja berisiko. Justeru, semangat untuk menghidupkan nilai sukarelawan dalam kelompok manusia menerusi berpersatuan hendaklah dibangkitkan bagi membimbing golongan remaja ke arah pengertian hakikat kehidupan. Hubungan antara NGO wanita, masyarakat dan remaja merupakan ruang lingkup persaudaraan yang membawa kebaikan. Dalam hal ini, al-Ghazali membincangkan faedah mukhalatah (bercampur) dari sudut kesihatan dan sosial dengan pandangan:

“…Tidak ada kebaikan dalam mengasingkan diri selagi tidak ada pengalaman, maka kanak-kanak jika diasingkan akan kekal dalam kesedihan dan kejahilan”.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Remaja Berisiko Dan Peranan Wanita Ngo (2016)

  • Product Code: ISBN 978-983-0899-44-2
  • Availability: In Stock
  • RM 55.00

  • Ex Tax: RM 55.00

Tags: Remaja, Berisiko, Peranan, Wanita, Ngo, Manusia, Agama