• [eBook] Pengurusan Fatwa di Malaysia (2020)

Penulis: Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin


Fatwa merupakan satu mekanisme utama kepada masyarakat untuk mendapatkan penjelasan yang berautoriti terhadap sesuatu permasalahan hukum. Malaysia mempunyai satu institusi fatwa yang sangat unik. Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai mufti di  Malaysia mempunyai perbezaan yang memberuikan kesan positif dan negarif. Bagi menjelaskan pengurusan fatwa di Malaysia, buku ini membicarakan tentang beberapa perkara utama termasuk konsep fatwa dalam Islam, pengenalan fatwa di Malaysia serta kedudukan mufti dan jawatankuasa fatwa di Malaysia. Selain itu, turut dibincangkan peranan raja atau sultan dalam proses penfatwaan selain dijelaskan fungsi MKI di peringkat kebangsaan. Buku ini turut mengandungi perbincangan berkaitan konflik dan penyelarasan fatwa di Malaysia yang menjadi isu hangat bagi fatwa di Malaysia. Usaha-usaha institusi fatwa di Malaysia untuk menyebarkan dan mendidik masyarakat dengan fatwa turut dimuatkan dalam perbincangan ini. Perbincangan dalam buku ini diakhiri dengan penjelasan tentang tatacara dan prosedur pengeluaran fatwa di Malaysia. Buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan utama dalam proses PdP di Universiti selain menjadi rujukan utama berkaitan isu-isu kefatwaan di Malaysia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Pengurusan Fatwa di Malaysia (2020)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-50-9
  • Availability: In Stock
  • RM 18.00

  • Ex Tax: RM 18.00

Tags: Pengurusan, Fatwa, Malaysia, PdP, Institusi, Hukum, Mufti, Raja, Masyarakat