• [eBook] Kewangan dan Pengurusan Harta dalam Masyarakat Islam Kontemporari  (2020)

Penulis: Nadhirah Nordin, Sumayyah Abdul Aziz, Mahadi Mohammad


Buku ini membincangkan tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam kewangan Islam dan pengurusan harta. Isu-isu tersebut sekiranya tidak dikupas dengan tepat dan menyeluruh akan menimbulkan persoalan dan permasalahan dalam masyarakat. Justeru itu, atas kesedaran inilah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam mengambil inisiatif untuk mengupas secara mendalam isu-isu semasa yang sering menjadi persoalan kepada masyarakat. Buku ini merangkumi dua tema, iaitu kewangan Islam dan pengurusan harta. Terna kewangan Islam melibatkan isu-isu terkini berkaitan sistem perbankan Islam, muamalat ribawiyah dalam doktrin figh al-aqalliyat, pemikiran transaksi pelaburan Syeikh Daud al-Fatani, perbandingan Multilevel Marketing patuh syariah dan tidak path syariah, dan kontrak derivatif komoditi path syariah. Manakala tema pengurusan harta membincangkan peranan sistem pengurusan harta Islam, kedudukan harta sepencarian, wasiah wajibah dan inovasi dalam pembangunan wakaf. Semua isu ini telah dikupas dan dibincangkan secara mendalam. Diharap naskhah ini akan dapat member manfaat kepada seluruh masyarakat amnya dan umat Islam secarakhususnya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

[eBook] Kewangan dan Pengurusan Harta dalam Masyarakat Islam Kontemporari (2020)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-42-4
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 10.00

  • Ex Tax: RM 10.00

Tags: eBook, Kewangan, Pengurusan, Harta, Masyarakat, Islam, Kontemporari