| English | |
Malay |
| Kemudahan |
|
|
|
|
Ruang Bacaan Perpustakaan Kampus Gong Badak menyediakan tempat duduk di ruang bacaan di semua aras yang boleh memuatkan kira-kira 400 orang pengguna pada satu-satuĀ masa. Tempat duduk di Perpustakaan Kampus Kota hanya dapat menampung seramai 30 orang sahaja.
Bilik Tayangan Terdapat sebuah bilik tayangan di aras 2 bersebelahan Koleksi Multimedia di Perpustakaan Kampus Gong Badak. Bilik ini dilengkapi dengan peralatan tayangan untuk seramai 40 orang. Kemudahan ini tidak terdapat di Perpustakaan Kampus Kota.
Perkhidmatan Fotokopi/Percetakan Perkhidmatan fotokopi dikendalikan oleh pihak swasta disediakan di aras 1. Perkhidmatan percetakan komputer disediakan di makmal komputer perpustakaan, juga di aras 1 bersebelahan Koleksi Rujukan. Perkhidmatan ini juga disediakan di Perpustakaan Kampus Kota.
Makmal dan Kemudahan Komputer
Sebuah makmal komputer yang boleh memuatkan seramai 14 orang pengguna disediakan di aras 1 bersebelahan Koleksi Rujukan. Makmal ini adalah untuk kemudahan pengguna mengakses pangkalan data, bahan-bahan digital dan melayari Internet. Kemudahan percetakan juga tersedia di bilik ini. Penggunaan komputer di makmal adalah melalui tempahan.
MakmalĀ komputer yang disediakanĀ di Perpustakaan Kampus Kota boleh menampung seramai 8 orang pengguna sahaja pada satu-satu masa. Kawasan Internet Tanpa Wayar Akses kepada Internet tanpa wayar (wireless) boleh dicapai semua ruang di dalam perpustakaan di kedua-dua kampus. Pengguna dinasihatkan mendaftar dengan Pusat Teknologi Maklumat untuk mendapatkan kata laluan. Bilik Bacaan 24 Jam Bilik Bacaan 24 jam hanya disediakan di Perpustakaan Kampus Kota sahaja. Akses kepada bilik ini ialah melalui pintu luar perpustakaan. Bilik ini dapat menampung seramai 10-12 orang pada satu-satu masa. Mesin Selfcheck Penggunaan selfcheck system yang membolehkan pengguna mengendalikan urusan pinjaman tanpa perlu beratur di kaunter. Sistem ini melibatkan pemasangan perisian dan peralatan dan akan dilaksanakan di kedua-dua kampus. |








