| English | |
Malay |
| Bengkel Kesedaran dan Kesediaan Melaksanakan Projek Pusat Sumber Sekolah |
|
Perkhidmatan perpustakaan adalah antara faktor penting dalam membentuk transformasi minda bagi mewujudkan pendidikan yang berdaya maju. Menyedari hakikat ini, Perpustakaan UniSZA mengambil peluang untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) kepada masyarakat dengan mengadakan Projek Pengorganisasian Bahan dan Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah bagi sekolah terpilih.
Selari dengan keperluan tersebut, Perpustakaan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UniSZA dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah menganjurkan Bengkel Kesedaran dan Kesediaan Melaksanakan Projek Pusat Sumber Sekolah.
Bengkel ini diadakan di Auditorium Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak pada 18 Jun 2012 yang lepas dan telah dirasmikan oleh Pendaftar UniSZA, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar.
Ceramah yang disampaikan sendiri oleh tiga (3) orang Pustakawan UniSZA iaitu Puan Norulhuda Makhtar menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Pengenalan Projek USR Pusat Sumber Sekolah’ dan Encik Mohd Sabri Muda pula menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Pengurusan Pusat Sumber Sekolah’ manakala taklimat demo 'Sistem Pusat Sumber Sekolah' disampaikan oleh Puan Rosnorzaini Rusli.
Seramai lebih kurang 85 orang peserta termasuklah tetamu jemputan, Encik Nize Bin Muhammad, Penolong Pengarah, Ketua Unit Pengurusan Sumber Pendidikan serta Pegawai-Pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menghadiri bengkel berkenaan.
Berita ROSNORZAINI RUSLI Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul
Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan
Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium,
Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.
|



