English |
Malay

Bengkel Pengorganisasian Bahan Media, Sumber Elektronik dan Bahan Bersiri 2012

Pengorganisasian bahan merupakan kemahiran atau kesenian mengorganisasikan ilmu untuk tujuan dapatan kembali bahan. Memandangkan koleksi di perpustakaan sentiasa berkembang dari masa ke masa, ianya perlu diurus secara sistematik dan kemahiran ini perlulah sentiasa dimantapkan agar ianya dapat membantu pengguna mengesan bahan dengan mudah dan berkesan. Selari dengan keperluan tersebut, Perpustakaan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UniSZA telah menganjurkan Bengkel Pengorganisasian Bahan Media, Sumber Elektronik dan Bahan Terbitan Bersiri bertempat di Auditorium Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.



Bengkel yang bermula pada 14 – 17 Mei 2012 ini telah menjemput penceramah dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM iaitu Puan Hamidah binti Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan Pensyarah Kanan UiTM dan mempunyai kepakaran serta pengalaman yang luas dalam bidang pengorganisasian dan pengelasan bahan perpustakaan.

 


Bengkel yang dijalankan selama empat (4) hari ini dihadiri oleh Pustakawan dan kakitangan perpustakaan yang terlibat dalam tugas pengorganisasian bahan media, sumber elektronik dan bahan terbitan bersiri.

 

 

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman dan kemahiran menggunakan aplikasi MARC21 untuk pengkatalogan bahan sumber media, elektronik dan bersiri, mengenal pasti peraturan dan masalah pengkatalogan deskriptif bahan sumber media, elektronik dan bersiri serta memberi pendedahan tentang peralihan AACR2 kepada RDA selain untuk menambah dan memantapkan lagi kecekapan semasa membuat proses pengkatalogan.



Berita ROSNORZAINI RUSLI

Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA

Ceramah Pembangunan Modal Insan Siri Kedua : Maulidur Rasul
Pada 8hb Februari 2012 yang lepas, telah diadakan Ceramah Pembangunan
Modal Insan Siri Kedua 2012 yang bertempat di Bilik Auditorium,
Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.
Ceramah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Pensyarah Universiti dari
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.
 
Alamat E-mel UniSZA:
Kata Laluan:

Jika anda mempunyai masalah untuk log masuk, sila hubungi Encik Mohd Sabri Muda (09-6687715 | mohdsabri@unisza.edu.my)

(Perhatian: Log masuk ke libproxy untuk mengakses ebooks, ejournals, online databases etc. dari luar kampus)

  • Untuk Ahli Perpustakaan UniSZA Sahaja
  • Manual Penggunaan Libproxy-->Klik
-------------------------------
Apa itu UniSZA Libproxy?



 
Kemaskini terakhir pada 12/05/2013
Kami ada 100 tetamu atas talian