Jumaat
•
•
•
| English | |
Malay |
| Pameran |
|
Pameran Buku Beberapa buku baru yang siap diproses akan dipamerkan di rak pameran sebelum diletakkan di rak. Bahan-bahan akan dipamerkan selama dua minggu bertujuan memberi peluang kepada pengguna membuat tempahan awal untuk pinjaman.
Pameran Buku Akademik Perpustakaan juga menganjurkan pameran buku akademik yang disertai oleh pembekal-pembekal tempatan. Pameran ini memberi peluang warga universiti mendapatkan bahan-bahan bacaan untuk kegunaan persendirian. Perpustakaan akan cuba menganjurkan program sebagai acara tahunan.
Pameran Bertema Pameran bertema diadakan apabila berkesempatan dan bahan-bahan untuk pameran dapat diperolehi. Tema pameran biasanya berkaitan dengan perayaan-perayaan utama Malaysia dan isu-isu semasa yang sesuai. |



