Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Soalan Lazim

Emel Cetak PDF

1. Apakah itu UniSZA ?

UniSZA adalah singkatan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulu dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia dengan singkatan UDM). UniSZA berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

2. Bilakah UniSZA ditubuhkan ?

UniSZA menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

3. Di manakah lokasi UniSZA ?

Kampus UniSZA mempunyai tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Besut.
[Sila klik pada nama kampus untuk peta lokasi]

Setakat ini dua kampus telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus Gong Badak. Manakala Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

4. Siapakah Naib Canselor UniSZA ?

Naib Canselor UniSZA adalah Y. Bhg. Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud.

5. Apakah program yang ditawarkan ?

Bagi program Ijazah Sarjana Muda dan program Diploma, sila rujuk < Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma >

6. Adakah UniSZA menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Tinggi ?

Ya, UniSZA ada menawarkan program pascasiswazah. Untuk maklumat lanjut, sila layari < Program Pascasiswazah >

7. Berapakah bilangan pelajar UniSZA sekarang ?

Bilangan pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 2800 orang manakala bilangan pelajar bagi Program Diploma adalah seramai 2400 orang. Jumlah keseluruhan adalah seramai 5200 orang.

8. Apakah bahasa pengantar yang digunakan ?

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

9. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti ?

Unit Komunikasi Korporat
Universiti Sultan Zainal Abidin
Imperial House
Lot 3921, Jalan Engku Sar,
Batas Baru,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

Tel : 09-6221152 / 1153
Faks : 09-622 0059

Kemaskini terakhir pada Khamis, 26 Mei 2011 09:14