Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Seminar dan Pameran Reka Bentuk T-REKA 2012

Emel Cetak PDF

Pusat Reka Bentuk Dan Multimedia, Fakulti Reka Bentuk Inovatif Dan Teknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) dan Yayasan Pembangunnan Usahawan Terengganu(YPU) telah mengadakan ' SEMINAR DAN PAMERAN REKA BENTUK T-REKA 2012 ' pada 8 hingga 10 Julai 2012 bertempat di Dewan Konvensyen Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Program yang bertemakan "Memacu Industri Reka Bentuk Dan Teknologi Pembuatan Negara" itu telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri Terengganu mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu pada 8 Julai 2012.

Objektif program ini diadakan ialah untuk menonjolkan reka bentuk kepada sektor industri ,usahawan tempatan dan para pelajar. Disamping itu juga ia bertujuan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran umum tentang peranan reka bentuk dan teknologi dalam pembangunan negara melalui rantaian kerjasama di antara institusi awam dan swasta. Selain itu , program ini juga dapat mengenengahkan pembabitan UniSZA dalam sektor pembuatan dan seterusnya menjadikan Fakulti Reka Bentuk Inovatif Dan Teknologi (FRIT) UniSZA sebagai Pusat Rujukan Reka Bentuk dan Teknologi yang kreatif dan inovatif di wilayah Pantai Timur.

Pada majlis ini juga diadakan upacara menandatangani perjanjian (MoU) di antara UniSZA dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan juga di antara UniSZA dan Mesiniaga Berhad bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara UniSZA dan industri.