KUALA TERENGGANU - Fakulti Informatik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama The Society of Digital Information and Wireless Communications (SDIWC) telah berjaya menganjurkan The International Conference on Informatics and Applications 2012 (ICIA 2012) pada 3-5 Jun 2012 bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak. Seminar ini bertemakan Transforming the Society through Creative and Innovative Informatics.
Seramai 47 orang peserta telah membentangkan kertas kerja mereka di seminar tersebut mewakili negara Malaysia, Arab Saudi, Bostwana, Qatar, Jordan, Amerika Syarikat, India, Kuwait, Jepun, Korea, Mesir, Taiwan, Palestin, Vietnam dan Poland.
Hari pertama seminar dimulakan dengan pembentangan ucaptama yang bertajuk Cyber Forensics Education and Training: Issues And Challenge oleh Prof. Dr. Azizah Abd Manaf dari Malaysia. Manakala ucaptama pada hari kedua dibentangkan oleh Prof. Dr. Eyas Al-Qawasmeh dari Arab Saudi dengan tajuk Are we secure enough.
Hasil daripada analisis penilaian oleh para peserta menunjukkan seminar antarabangsa ini dapat memenuhi objektif serta memberi input yang sangat berguna kepada peserta di samping dapat memupuk jalinan kerja yang baik antara peserta dari pelbagai negara.
Pihak SDIWC sangat berpuas hati dengan penganjuran ICIA 2012 dan telah menawarkan untuk bekerjasama dengan UniSZA dalam penganjuran seminar dan program-program antarabangsa yang lain pada masa akan datang.
Sumber Berita ZANARIAH BINTI MOHD NOR FIT
KUALA TERENGGANU - Fakulti Informatik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama The Society of Digital Information and Wireless Communications (SDIWC) telah berjaya menganjurkan The International Conference on Informatics and Applications 2012 (ICIA 2012) pada 3-5 Jun 2012 bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak. Seminar ini bertemakan Transforming the Society through Creative and Innovative Informatics.
Seramai 47 orang peserta telah membentangkan kertas kerja mereka di seminar tersebut mewakili negara Malaysia, Arab Saudi, Bostwana,Qatar, Jordan, Amerika Syarikat, India, Kuwait, Jepun, Korea, Mesir, Taiwan, Palestin, Vietnam dan Poland.