Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

PROJEK PENYELIDIKAN DUA PELAJAR SISWAZAH FPSK MENANG ANUGERAH

Emel Cetak PDF

KUALA TERENGGANU – Dua orang pelajar siswazah yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Kajian Klinikal dan Kualiti Hidup (PKKKH), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya memenangi dua anugerah untuk penyelidikan masing-masing baru-baru ini.

Pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Tingkahlaku Kesihatan, Neni Widiasmoro Selamat telah memenangi pingat perak di 23rd International Invention, Innovation And Technology Exhibition (ITEX 2012) yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 17 hingga 19 Mei 2012 yang lalu.

Inovasi kajian beliau yang bertajuk Mobile Epilepsy Educational System (MEES) For People With Epilepsy In Malaysia telah dipilih untuk menerima anugerah dalam Kategori Pendidikan dan merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan beliau yang bertujuan untuk mempromosikan pendidikan kesihatan bagi pesakit sawan melalui penggunaan teknologi komunikasi terkini.

Sementara itu, seorang lagi pelajar sarjana Tingkahlaku Kesihatan, Nor Samira Talib pula meraih tempat kedua bagi pembentangan lisan dalam kategori Kesihatan Komuniti di 17th National Conference On Medical And Health Sciences yang berlangsung pada 27 hingga 28 Mei 2012 di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kubang Kerian, Kelantan.

Menerusi pembentangan bertajuk Auricular Acupuncture For Drug Addiction Treatment: Assessment of Patients’ Acceptability And Withdrawal Symptoms After Treatment, beliau berjaya meyakinkan para juri untuk mengalahkan 36 orang peserta lain dalam kategori yang sama. Sebahagian besar daripada penyelidikan peringkat sarjana beliau adalah bertujuan mengkaji kesan rawatan akupunktur untuk masalah ketagihan dadah serta impak-impak sosialnya yang masih membelenggu masyarakat kita.

Sementara itu, Neni ketika ditemui berkata, selain sikap positif dan kecekalan yang kental, bimbingan dan tunjuk-ajar penyelia serta doa keluarga amatlah penting dalam mengharungi cabaran serta kekangan yang datang dalam pelbagai bentuk.

Menurut Nor Samira pula, kejayaan ini juga adalah berkat usaha yang tidak pernah kenal perit jerih bersama sokongan padu  penyelia dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam proses pembelajaran selama ini. Kemenangan ini diharapkan dapat memberikan motivasi serta dorongan kepada para pelajar siswazah yang lain untuk terus fokus ke arah pencapaian kecemerlangan dalam pengajian yang serba mencabar ini.

Sumber Berita          SYAIFUL HISYAM SALEH                       PKKKH

Kemaskini terakhir pada Isnin, 23 Julai 2012 12:11