Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Syarahan Perdana FUHA 2012

Emel Cetak PDF

KUALA TERENGGANU - Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Syarahan Perdana FUHA 2012 pada 27 Mei 2012 bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Akademik, Kampus Gong Badak.

Syarahan yang bertajuk The Challenges Faced by Malaysian Judiciary in Recent Years telah disampaikan oleh Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi, mantan Ketua Hakim Negara merangkap Profesor Adjung FUHA.

Tujuan syarahan ini diadakan adalah untuk memperjelaskan kefahaman mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Badan Kehakiman Negara dalam menangani isu-isu perundangan.

Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya dan masyarakat secara amnya berkaitan isu-isu semasa dari perspektif undang-undang.

Pada majlis itu juga telah diadakan majlis penyerahan cek sumbangan Yayasan Tun Azmi kepada FUHA yang disampaikan oleh Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Zolkipli Abdul.

Turut hadir pada majlis ini ialah Naib Canselor UniSZA, Dato’ Alias Daud, wakil-wakil daripada badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, jabatan-jabatan kerajaan dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian.

Berita  WAN NOR AKMAL WAN SALLEH                  FUHA

Gambar  MOHD ZULFADHLI JUSOH                        PTM

Kemaskini terakhir pada Rabu, 18 Julai 2012 16:35