Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

Program Pembangunan Kerjaya 2012: Bengkel Ambang Kerjaya Impian & Simulasi Temuduga Berfokus

Emel Cetak PDF

Unit Kaunseling dan Kerjaya [HEPA], UniSZA telah menganjurkan program Pembangunan Kerjaya 2012 pada 20 April 2012 (Jumaat) dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Pembangunan dan Khidmat Pelajar, iaitu Dr. Mustafa Bin Che Omar.  Program Bengkel Ambang Kerjaya Impian : Grooming, Resume & Interviewing Skills Program [G.R.I.P] ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat Di Dewan Kuliah Utama melibatkan 333 penyertaan mahasiswa/i tahun akhir dari Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam [FKI] dan mahasiswa/wi tahun akhir Diploma Kejururawatan.  Melalui program tersebut mahasiswa/i telah didedahkan dengan  pelbagai maklumat persediaan kerjaya merangkumi etika, tatacara menghadapi temuduga, penulisan resume, personaliti unggul dan juga kemahiran komunikasi berkesan.

Seterusnya satu lagi program, iaitu Program Simulasi Temuduga Berfokus [Mock Interview] telah diadakan pada 12 Mei 2012 [Sabtu], di lapan (8) Bilik Kuliah, Blok Akademik UniSZA.  Program ini adalah kesinambungan program Bengkel Ambang Kerjaya Impian yang telah diadakan pada 20 April 2012 [Jumaat].  Seramai 50 orang mahasiswa dari Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam [FKI] telah terpilih untuk mengikuti program simulasi temuduga setelah berjaya melepasi proses saringan melalui Ujian Personaliti yang ditadbir Pegawai-pegawai  Psikologi UniSZA.  Mahasiswa /i  yang terpilih telah diberi peluang untuk merasai pengalaman simulasi temuduga berfokus ini disamping mendapatkan tips-tips berguna bersama panel-panel  temuduga bertauliah.  Antaranya  empat (4) panel dari Institut Peguruan Dato’ Ismail Razali, dua (2) dari Institut Tadbiran Negara [INTAN], dan dua (2) panel dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.  Antara jawatan yang disimulasi semasa program tersebut ialah seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Hal Ehwal Agama, Guru J-Qaf dan Kursus Penguruan Lepasan Ijazah (KPLI).  Simulasi temuduga ini telah  berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.30 pagi  sehingga 1.00 tengahari  dan  diakhiri dengan slot refleksi  tentang kekuatan dan kelemahan diri  calon semasa simulasi temuduga dijalankan oleh semua panel temuduga yang terlibat.  InsyaAllah program sebegini akan dilanjutkan perlaksanaannya kepada fakulti-fakulti lain pada masa akan datang.

Kemaskini terakhir pada Rabu, 18 Julai 2012 16:34