Laman Web Rasmi UniSZA Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Melayu) The Official Web site of UniSZA (English) Laman Web Rasmi UniSZA (Bahasa Arab) Tulisan merah Tulisan hijau Tulisan biru Tulisan asal Tambah saiz tulisan Saiz tulisan kembali asal Kurang saiz tulisan

UniSZA tandatangan MoU dengan Bernama

Emel Cetak PDF

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan penghantaran pelajar menjalani latihan industri dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 8 Mei 2012.

Melalui MoU ini, UniSZA akan menghantar seramai lima orang pelajar setahun untuk menjalani latihan praktikal di Bernama.

UniSZA telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Amran Ahmed manakala Bernama diwakili Pengurus Besar Bernama, Datuk Hasnul Hassan. Majlis ini turut disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Selain dari UniSZA, turut menandatangani MoU tersebut ialah enam buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan lima Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA, Azizah Endut.

Kemaskini terakhir pada Rabu, 18 Julai 2012 16:32